Selasa, 23 Oktober 2012

Cara Menawar Ilmu Guna-Guna [Tolak Balak]


Sebelum ni saya ada cakap pasal ilmu pengasih menggunakan ayat-ayat mantera. Sebenarnya ilmu pengasih ini ada pelbagai. Ada yang menggunakan ayat-ayat mantera dengan dampingan Jin atau ayat-ayat Al Quran.

Ilmu pengasih yang menggunakan dampingan Jin dan sebagainya ini (pada pendapat saya) juga ada pelbagai nama seperti Guna-guna,Rokok Jampi, Pengasih Ummul Fatimah, Malaikat 44 dan berbagai lagi. Saya tidak dapat menjelaskan dengan pasti kenapa nama-nama tersebut dipilih, jadi elok anda sendiri bertanya kepada yang arif.

Seperti rokok kebiasaanya menggunakan hembusan asap rokok, Malaikat 44 pula menggunakan nama malaikat dalam sebutannya, dan mungkin guna-guna apabila terkena orang yang dituju boleh digunakan untuk apa saja. Wallahualam.

Manakala yang menggunakan ayat-ayat Al Quran pula kebiasaanya tidak mempunyai nama yang khusus. Sebagai contoh lihat di bawah.

Jika anda mahu mengamalkannya, silakan. Tetapi saya tidak akan beritahu kaedah-kaedah atau tatacara untuk pengamalannya kerana tidak mahu terlibat dengan dosa jika anda mengamalkannya dengan cara atau jalan yang tidak baik. :)

Guna-Guna

Guna-guna adalah salah satu cabang ilmu pengasih. Untuk mengetahui jika seseorang itu terkena ilmu guna-guna amat mudah (pendapat saya dan 'pakcik' saya). Kebiasaannya seorang perempuan itu tiba-tiba merasa rindu teramat sangat kepada seorang lelaki sehingga tidak boleh duduk diam, serba tidak kena, tidak lena tidur dan sebagainya. Walaubagaimanapun untuk kepastian saya cadangkan anda tanyakan kepada pengamal perubatan Islam yang lain untuk lebih kefahaman dan itu adalah sebaik-baiknya.

Untuk menawar Guna-Guna boleh menggunakan pelbagai kaedah dan salah satunya kaedah seperti dibawah ini:

1.Sediakan sebuah pinggan putih
2.Berwuduk
3.Tulis asma ni “Alim, Hakim, Aziz,Rahim,Bashir,Azhim, Karim”
4.Leburkan dengan air putih
5.Minum/beri minum kepada sesiapa yang terkena Guna-Guna.

Selamat beramal.


.....err maksud aku Selamat Beramal Soleh, bukan ayat pengasih :p

2 komentar:

Silahkan Memberi Tanggapan Atau Komentar, Kometar Spam akan Kami Hapus.